Proses permohonan kebenaran berkahwin di Terengganu (Part i)
Assalamualaikum wbt. Post ni CikAma khaskan kepada pasangan bakal-bakal pengantin yang berasal dari Trg terutamanya dari mukim/daerah yang sama. Sebabnya CikAma dan EnAbang dua-dua berasal dari Trg dan daerah yang sama. Jadi boleh la berkongsi maklumat untuk panduan semua. 1. Ambil kursus MBKPI (Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam) Bagi yang belum mengambil kursus kahwin, boleh daftar di Pejabat Agama daerah masing-masing. Bawa salinan fotostat I/C dan duit RM50 . Di kaunter nanti boleh isi borang yang staff berikan dan nanti akan diberitahu tarikh yang masih kosong untuk kursus. Kebiasaannya sijil kahwin akan siap dalam tempoh seminggu selepas kursus. Lelaki dan perempuan boleh mengambil kursus mengikut tempat mereka menetap terutamanya tempat bekerja. Seperti contoh CikAma ambil di daerah asal, manakala EnAbang di Sarawak, tempat berhijrah. *Kadar bayaran untuk negeri-negeri lain mungkin berbeza 2. Isi Borang Nikah Borang nikah boleh diam...