Proses permohonan kebenaran berkahwin di Terengganu (Part i)
Assalamualaikum wbt.
Post ni CikAma khaskan kepada pasangan bakal-bakal pengantin yang berasal dari Trg terutamanya dari mukim/daerah yang sama. Sebabnya CikAma dan EnAbang dua-dua berasal dari Trg dan daerah yang sama. Jadi boleh la berkongsi maklumat untuk panduan semua.
1. Ambil kursus MBKPI (Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam)
Bagi yang belum mengambil kursus kahwin, boleh daftar di Pejabat Agama daerah masing-masing. Bawa salinan fotostat I/C dan duit RM50 . Di kaunter nanti boleh isi borang yang staff berikan dan nanti akan diberitahu tarikh yang masih kosong untuk kursus. Kebiasaannya sijil kahwin akan siap dalam tempoh seminggu selepas kursus.
Lelaki dan perempuan boleh mengambil kursus mengikut tempat mereka menetap terutamanya tempat bekerja. Seperti contoh CikAma ambil di daerah asal, manakala EnAbang di Sarawak, tempat berhijrah.
Lelaki dan perempuan boleh mengambil kursus mengikut tempat mereka menetap terutamanya tempat bekerja. Seperti contoh CikAma ambil di daerah asal, manakala EnAbang di Sarawak, tempat berhijrah.
*Kadar bayaran untuk negeri-negeri lain mungkin berbeza
2. Isi Borang Nikah
Borang nikah boleh diambil di kaunter-kaunter Pejabat Agama Daerah masing-masing dengan harga Rm1.00 setiap satu borang. Borang nikah mempunyai dua borang yang perlu diisi masing-masing iaitu untuk pihak perempuan dan pihak lelaki.
Staff bertugas akan memberikan;-
1. Borang nikah (Lelaki/Perempuan)
2. Checklist dokumen yang perlu dihantar bersama borang nikah
3. Borang persetujuan saringan HIV
4. Waktu bekerja klinik-klinik kesihatan setiap daerah Trg untuk ujian saringan HIV
Borang nikah boleh diwakilkan untuk diambil. Bagi pihak perempuan yang sulung/anak perempuan pertama dalam keluarga perlu memberikan salinan sijil nikah ibu bapa.

**CikAma akan update lagi step-step yang terlibat dalam proses permohonan berkahwin nanti. progress CikAma
salam.. blh taw senarai waktu bekerja klinik2 kesihatan tu?
ReplyDeleteSampai jam 3 last
ReplyDeletenice sharing
ReplyDelete